About Us

About STC 
Hi, welcome to online handmade craft blog, SweeTasya Craft (STC). My name is Mastasyah Binti Ramli Lee, the owner/ manager of this business. I love to be inspired all the time and think of new and creative designs to create. All of STC products are designed by real and creative people, not factories. 
Anyway, Tasya nak cerita serba sedikit sejarah STC. Bermula dgn menghasilkan kraftangan sebagai hobi semasa berada diatas kapal bersama suami yang bertugas sebagai jurutera kapal laut, saya tidak sangka hobi ini menjadi satu perniagaan yg serius dan didaftarkan dengan nama SweeTasya Craft STC (SA0273858-D) pada 1 OKTOBER 2013 sehingga sekarang. Nama STC Tercipta dari cetusan idea saya sendiri dan suami.
Semasa diatas kapal laut itulah saya memulakan hasil-hasil kraftangan, kalau nak tau saya bermula dengan “Zero”. Pada ketika itu, bahan-bahan kraf yang digunakan saya dapat melalui sahabat saya ANIS ABDUL KADER yang sudi menghantarkan melalui Pos Laju kepada saya. Beliau memang sahabat saya dari sekolah dan banyak membantu saya ketika susah. Anis if you are reading this, I want to tell you that I love u my BFF! :’)
Next, ketika saya hendak mula menjahit ianya agak sukar kerana saya jarang memegang jarum apatah lagi menjahit. Namun dengan bantuan seorang teman yang turut berada diatas kapal bersama saya ketika itu, iaitu isteri kepada salah seorang jurutera kapal juga Kak ANUR HAFIZAH bersama menemani saya dan membantu.Kepada Kak fiza, jasamu dikenang! Syukur Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya sudah boleh menjahit dgn mudah dan lancar. 
Hasil kraftangan saya upload di Facebook, tanpa disangka rupanya ramai peminat hasilnya. Tempahan dibuat oleh rakan-rakan sedikit demi sedikit dan saya cuba memperbaiki hasil kraf hari demi hari untuk memuaskan hati pelanggan. Sehingga pada suatu hari, saya membuat keputusan untuk create page SweeTasya Craft STC supaya lebih mudah untuk customer view pictures dan membuat tempahan.
Memandangkan kapal yang saya naiki itu selalu berhenti di Japan, saya dapat membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kraftangan. Dengan itu bertambah semangat untuk saya membuat kraftangan kerana melihat pelbagai hasil kraftangan di Japan yang sangat kreatif dan ianya menjadi sumber inspirasi saya. Tambahan pula, bahan-bahan yang dibeli agak murah dan berkualiti tinggi disana.
Kini, saya tidak lagi berada di atas kapal dan saya tetap meneruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sehinggalah ke hari ini ALHAMDULILLAH dengan sokongan suami dan keluarga yg tinggi STC terus maju kehadapan. Terima kasih semua, terutama kepada suami saya MOHAMMED AFIQ FARIS yang sentiasa membantu dari segi kewangan dan memberi semangat. Tidak lupa juga kepada mama saya yang tersayang AIZAM ABD AZIZ yang sering membantu menghasilkan kraf dan memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa.
Saya berharap suatu hari nanti STC berjaya ke pentas dunia dan membuka kedai untuk menjual lebih banyak hasil kraftangan. TERIMA KASIH banyak diatas sokongan dan yang sudi membaca. Let's customize your gift for your loved ones with us! Expensive? NO.. :) because I can make it according to your budget. Besides, u can customize your own gifts for your wedding, birthday party and so on. 
Hope you have a lovely time visiting my blog often ^_^

No comments:

Post a Comment